Project Earth: LTAT Sasar Kurangkan Pendedahan Aset Strategik dari 57.8% kepada 35%

Jawapan Lisan, Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15
29 November 2025

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyasarkan pengurangan besar pendedahan kepada aset strategik daripada 57.8 peratus kepada 35 peratus di bawah inisiatif Project Earth, sebagai sebahagian daripada usaha menstabilkan portfolio pelaburan dan meningkatkan pulangan jangka panjang kepada pencarum.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu merupakan antara strategi pembetulan utama yang sedang dilaksanakan kementerian bagi memastikan LTAT kembali berada dalam keadaan kewangan yang kukuh dan mampan.

Menurut beliau, proses penstrukturan semula LTAT ketika ini melibatkan:

  • pengukuhan tadbir urus,
  • penyusunan semula pelaburan jangka panjang,
  • pemulihan syarikat subsidiari yang berhutang besar,
  • serta pemerkasaan operasi Boustead Holdings dan Boustead Plantations.

β€œMelalui Project Earth, LTAT menyasarkan pengurangan pendedahan aset strategik daripada 57.8% kepada 35%, sekaligus meningkatkan pelaburan dalam instrumen berisiko rendah demi menjamin pulangan yang lebih stabil,” katanya semasa menjawab pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada 25 November 2025.

Kerugian Pasaran Tidak Disebabkan Salah Laku

Khaled turut menjelaskan bahawa kerugian pasaran yang berlaku sebelum ini adalah risiko biasa dalam pelaburan .Perkara tersebut turut dipengaruhi prestasi ekonomi global serta sektor tertentu.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa sebarang kerugian yang disyaki berpunca daripada salah laku akan disiasat secara tegas tanpa kompromi.

Audit Ketat & Pemantauan Parlimen

Menteri Pertahanan tersebut turut mengingatkan bahawa semua agensi kerajaan, termasuk LTAT, tertakluk kepada laporan audit yang dibentangkan di Parlimen.

Melalui proses itu, Ahli-ahli Parlimen berpeluang meneliti setiap dapatan audit secara telus dan memastikan wujud ketelusan dalam pelaksanaan reformasi LTAT.

Rangka Kerja SAA Perkukuh Arah Tuju LTAT

Khaled turut memaklumkan bahawa semakan semula Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (Strategic Asset Allocation β€” SAA) yang telah diluluskan dan akan menjadi asas baharu dalam memperkukuh ketahanan LTAT.

Pendekatan SAA baharu itu menyasarkan imbangan pelaburan yang lebih sesuai dengan toleransi risiko jangka panjang, agar LTAT dapat kembali memberi dividen mampan kepada pencarum Angkatan Tentera Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

MINDEF tangani isu kebocoran maklumat ATM – Malaysia yakinkan ASEAN

Kementerian (MINDEF) memberi jaminan bahawa kes pendedahan maklumat taktikal oleh…

Harga Runcit RON97 dan Diesel Naik 7 Sen Mulai 19 Jun, RON95 Kekal

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 – Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan…