Majlis Media Malaysia Kecam Kompaun RM100,000 Ke Atas Dua Organisasi Media

21 September 2025

Kuala Lumpur, 21 September 2025Majlis Media Malaysia (MMM) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mengenakan kompaun RM100,000 ke atas Sin Chew Media Corporation Bhd dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd, dengan menyifatkannya sebagai hukuman terlalu berat dan berlebihan.

Menurut MMM, penguatkuasaan undang-undang oleh MCMC wajar dilaksanakan secara adil dan seimbang, bukan dengan pendekatan menghukum keterlaluan. Kesilapan tanpa niat, lebih baik ditangani melalui teguran, pembetulan atau pendidikan.

“Hukuman sebegini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan wartawan dan editor, sekali gus menjejaskan keberanian untuk melaporkan isu dengan bebas,” tegas MMM dalam kenyataan media.

Kesalahan Dua Organisasi Media

  • Sin Chew Media dikenakan tindakan selepas menyiarkan gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap.
  • Sinar Karangkraf pula dikompaun kerana memuat naik maklumat tidak tepat mengenai Ketua Polis Negara di laman Instagram rasmi mereka.

Kebimbangan Terhadap Masa Depan Media

MMM menambah bahawa kompaun sebesar ini boleh menghalang organisasi media untuk bereksperimen dengan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan kandungan berita.

“Sekiranya setiap kesilapan kecil dihukum dengan denda besar, media akan menjadi terlalu berhati-hati sehingga mengorbankan kreativiti dan kebebasan editorial,” jelas MMM.

Analisis & Implikasi

  • Kebebasan Media: Hukuman besar berisiko melahirkan budaya self-censorship yang mengekang peranan media sebagai pemerhati kerajaan. Fungsi media sebagai ‘fourth force’ mesti diperkasa dengan baik.
  • Penggunaan AI dalam Media: Ketakutan akibat kompaun boleh menghambat inovasi dalam industri media digital Malaysia. Walaubagaimanapun, adalah sangat penting untuk para pengamal media sendiri mengambil pendekatan yang berhati-hati, teliti dalam memanfaatkan teknologi. Ia tidak sewajarnya menjadi lesen untuk pengamal media bersikap sambil lewa dan memandang mudah semua perkara.
  • Hubungan Industri & Pihak berkuasa : Hubungan MCMC dan para pengamal media mesti melangkaui penguatkuasaan dan pemantauan. Sebaliknya, kedua-dua pihak mesti sentiasa bekerjasama untuk memastikan media berfungsi dengan baik, telus, bebas dan menjadi nadi kepercayaan masyarakat dalam mendapatkan maklumat serta berita.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Eksekutif Tertinggi Syarikat Minyak dan Gas Milik Negara Indonesia Antara 7 Ditahan dalam Skandal Rasuah Bernilai AS$12 Bilion

JAKARTA: Dua eksekutif kanan dari anak syarikat syarikat minyak dan…
Kapal tangki minyak melalui laluan Selat Hormuz yang merupakan laluan kritikal perdagangan minyak dunia.

Harga Minyak Melepasi AS$100 Setong, Ketegangan Timur Tengah Gugat Pasaran Tenaga Global

Harga minyak mentah dunia melonjak melepasi AS$100 setong selepas beberapa…