KKM Catat 53,185 Doktor Berkhidmat, Namun Penghijrahan ke Luar Negara Masih Berlaku

Menurut jawapan bertulis parlimen ke-15 Mesyuarat ketiga, penggal keempat
18 November 2025
Health care life insurance concept, Simply minimal design with medicine equipment stethoscope or phonendoscope and red heart isolated on trendy pastel blue background. Instrument device for doctor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa 53,185 pegawai perubatan sedang berkhidmat sehingga 30 Jun 2025, namun mengakui penghijrahan doktor ke sektor swasta dan luar negara masih berlaku akibat tawaran gaji lebih tinggi dan beban kerja semasa.

Daripada jumlah tersebut, 33,182 doktor bertugas di hospital kerajaan, merangkumi 6,715 pakar perubatan dan 26,467 pegawai perubatan.

KKM menjelaskan bahawa faktor utama perpindahan adalah peluang pendapatan lebih kompetitif di luar negara, sistem kerja yang beroreintasikan keuntungan (profit-driven) sektor swasta serta kadar tukaran mata wang asing yang tinggi.

Bagi mengekalkan bakat perubatan, kerajaan memperkenalkan beberapa insentif termasuk:

  • gaji permulaan RM5,380 (Gred UD9),
  • Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dinaikkan antara 33 hingga 43 peratus mulai 1 Oktober 2025,
  • elaun lokum RM80 sejam,
  • elaun pembedahan elektif sehingga RM200 sejam,
  • kenaikan lantikan tetap seramai 4,000 doktor kontrak setiap tahun,
  • serta peningkatan slot latihan kepakaran di bawah Parallel Pathway kepada 600 tempat setahun.

KKM turut menekankan bahawa isu penghijrahan doktor adalah fenomena global dan memerlukan penyelesaian jangka panjang melibatkan pelbagai pihak.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Judi Dalam Talian: Bom Jangka Krisis Kesihatan Mental Belia Malaysia

Ketagihan judi dalam talian semakin membimbangkan dalam kalangan belia Malaysia,…
A symbolic editorial image representing China’s PLA leadership reshuffle and centralized political control over strategic theater commands

China: Two new full Generals ascended to take the wheel of Eastern and Capital defense commands amidst deepening military shake-ups

China’s elevation of two PLA officers to full general—placing new…