KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 β Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan bahawa beberapa barangan akan dikenakan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi bermula 1 Julai 2025, susulan pelaksanaan semakan semula struktur cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Menurut Berita Harian, antara barangan yang terlibat ialah kelengkapan elektrik, perabot, bahan binaan, pakaian mewah dan barangan berasaskan plastik. Kadar SST bagi sesetengah kategori akan meningkat daripada 6% kepada 8%.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa kenaikan ini bertujuan meningkatkan hasil negara bagi membiayai pelbagai inisiatif kebajikan rakyat serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum.
βLangkah ini penting demi kelestarian fiskal negara dan memastikan kerajaan mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk perbelanjaan pembangunan jangka panjang.β
Namun begitu, rakyat mula menyuarakan kebimbangan terhadap kesan kenaikan cukai ini terhadap harga barangan harian. Seorang peniaga di Kajang, Azman Sulaiman, berkata:
βBarang-barang rumah dah sedia mahal. Kalau SST naik lagi, pengguna yang kena tanggung. Kami tak ada pilihan.β
Menurut Utusan Malaysia, penganalisis menjangkakan harga runcit untuk barangan tertentu akan meningkat antara 3% hingga 10% selepas penguatkuasaan kadar SST baharu. Selain itu, pemilik rangkaian pasaraya runcit Mydin, turut menyatakan pandangan beliau berkenaan pengenaan cukai ke atas beberapa barangan seperti buah-buahan import Β atau βbuah-buahan rakyatβ yang dirasakan tidak wajar.
Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa barangan keperluan asas seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan tidak akan terkesan oleh semakan SST ini.
Orang ramai disarankan untuk merujuk laman rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mendapatkan senarai lengkap barangan yang terlibat dan kadar cukai terkini.
SST merupakan sistem cukai alternatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan selepas nekad memansuhkan sistem GST yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.