Kementerian Luar Negeri: Malaysia konsisten dan tegas gesa tindakan antarabangsa terhadap Rejim Zionist

Jawapan Lisan Parlimen, Kementerian Luar Negeri, 10 Nov 2025
12 November 2025

Dalam jawapan Parlimen di Dewan Rakyat pada 10 November 2025, Menteri Luar Negeri mengulang dan menjelaskan sekali lagi bahawa Malaysia terus konsisten dan tegas dalam pendirian terhadap kekejaman rejim haram Israel. Dalam jawapan tersebut, Menteri Luar Negeri menyatakan bahawa YAB Perdana Menteri menggesa dunia mengambil langkah tegas dan menghukum (punitif) di peringkat antarabangsa bagi memastikan rejim haram Zionis dipertanggungjawabkan atas jenayah kemanusiaan dan pembunuhan berama-ramai terhadap rakyat Palestin.Dalam jawapan tersebut, beliau menytakan bahawa gesaan tersebut telah disuarakan oleh YAB Perdana Menteri semasa menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha pada 15 September 2025 lalu, yang turut dihadiri oleh pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab. Dalam ucapannya, YAB Perddana Menteri telah menekankan bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta prinsip kemanusiaan sejagat.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh lagi berdiam diri. Tindakan Israel mesti dikenakan sekatan diplomatik dan ekonomi agar mereka menghentikan kekejaman yang berterusan terhadap rakyat Palestin,” tegas Perdana Menteri dalam sidang berkenaan.

Dasar Malaysia kekal tanpa kompromi

Menurut Menteri Luar Negeri juga, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar ini kekal konsisten sejak berdekad lamanya.
Kerajaan turut menegaskan bahawa tiada hubungan ekonomi langsung dibenarkan antara entiti Malaysia dan Israel, manakala lesen import dan eksport ke Israel telah dibekukan sejak 20 Julai 2014 kecuali bagi syarikat multinasional (MNC) tertentu yang terlibat dalam rantaian bekalan global.

Kawalan perdagangan barangan strategik turut tertakluk kepada Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) yang selaras dengan obligasi antarabangsa Malaysia di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1540 — memastikan tiada penyalahgunaan barangan strategik yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sokongan terhadap keadilan antarabangsa

Malaysia sememangnya menyokong penuh usaha membawa  rejim haram Zionist  ke muka pengadilan melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan badan kehakiman antarabangsa lain, selaras dengan prinsip keadilan sejagat.

Langkah ini dilihat sebagai kesinambungan kepada pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel secara rasmi dan menolak sebarang bentuk normalisasi hubungan, termasuk melalui rantaian bekalan teknologi atau perdagangan pihak ketiga.

Solidariti dan diplomasi kolektif

Selain itu, Kementerian Luar Negeri menegaskan, usaha menuntut tindakan terhadap Israel perlu dilakukan secara kolektif bersama negara anggota OIC, Liga Arab dan komuniti global.Malaysia turut memainkan peranan aktif dalam forum antarabangsa, termasuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Sidang Kemuncak NAM (Gerakan Negara Berkecuali) bagi memperkukuh tekanan diplomatik.

Langkah-langkah punitif yang disaran termasuk:

  • Sekatan ekonomi dan pembekuan aset entiti berkaitan Israel;
  • Tindakan diplomatik di peringkat PBB dan OIC;
  • Sokongan terhadap kempen boikot, divestment dan sekatan (BDS).

Analisis Naratif Online

Pendirian Malaysia ini bukan sahaja memperkukuh solidariti bersama Palestin, tetapi turut memperlihat ketegasan diplomasi Malaysia di peringkat antarabangsa.
Walaupun beberapa negara Islam lain mula melonggarkan hubungan serta terus tergamak untuk menormalisasikan  hubungan serta perdagangan dengan Israel, Malaysia mengekalkan prinsip berteraskan kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa — satu pendirian yang konsisten dengan dasar luar negara sejak era Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Trump Umum Gencatan Senjata Iran–Israel

WASHINGTON / TEHRAN / TEL AVIV, 24 Jun 2025 –…

MyBurgerLab Pecat COO Andrew Chong Selepas Isu Hantaran Solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2025 – Rangkaian burger popular tempatan…