Najib Mohon Pengampunan Penuh, Ahmad Zahid Tegas Terus Beri Sokongan

3 Februari 2025

KUALA LUMPUR, – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguamnya untuk mengemukakan permohonan pengampunan penuh kepada Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa langkah ini merupakan usaha terakhir yang sedang dijalankan bagi pihak bekas Presiden UMNO itu untuk mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak akan mengabaikan Najib dan sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan keluarganya, termasuk isteri, anak-anak serta adik-beradik Najib.

Beliau turut menegaskan, “tidak logik dan tidak dapat diterima akal beliau akan meninggalkan Najib yang pernah berbudi kepadanya.”

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Konflik Thailand-Kemboja Meletus: 12 Terbunuh, Ribuan Terpaksa Dipindahkan

Sempadan Thailand–Kemboja – Pergolakan berskala besar tercetus apabila Thailand dan…

MYEG Tukar Nama Kepada Zetrix AI Mulai Khamis

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 – MY E.G. Services Bhd,…