Kenaikan Tarif Elektrik: Kos PKS Naik Sehingga 20%, Harga Barangan Dijangka Meningkat

3 Julai 2025
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Mulai 1 Julai, tarif elektrik baharu yang diumumkan kerajaan telah mula berkuat kuasa, dan kesannya mula dirasai dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kenaikan ini, menurut beberapa pemain industri, berpotensi melonjakkan kos operasi PKS sehingga 20%, sekali gus memberi tekanan kepada harga runcit barangan pengguna.

Menurut laporan Asia News Network, kenaikan kos ini turut dijangka mendorong peningkatan harga pengguna secara menyeluruh dalam beberapa bulan akan datang.

Kenaikan tarif elektrik tersebut merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi tenaga negara yang bertujuan menyeimbangkan kembali  kedudukan fiskal negara. Namun begitu, peniaga kecil dan sederhana—yang menyumbang lebih 97% kepada sektor perniagaan negara—berdepan cabaran besar dalam mengekalkan daya saing harga.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang, dalam satu kenyataan berkata:

“Kenaikan tarif ini datang pada waktu yang sukar. Banyak PKS masih pulih daripada impak pandemik dan inflasi global. Kos operasi seperti mesin, lampu kilang, sistem penyejukan dan komputer semua terjejas. Akhirnya, beban ini terpaksa dialihkan kepada pengguna.”

Harga Barang Mungkin Naik

Menurut penganalisis ekonomi, kesan rantaian dari kenaikan kos ini akan menjurus kepada:

  • Kenaikan harga barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan barangan rumah
  • Penurunan margin keuntungan bagi pengusaha mikro yang tidak dapat menaikkan harga
  • Potensi pengurangan permintaan pengguna kerana kuasa beli yang menurun

Dr. Noraini Mohd Salleh, Pensyarah Ekonomi Universiti Malaya, turut memberi amaran:

“Jika tidak diimbangi dengan insentif atau bantuan khusus untuk PKS, kita bakal melihat peningkatan harga pengguna dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang.”

Cadangan Industri dan Tindakan Lanjutan

Beberapa cadangan daripada industri termasuk:

  • Pengecualian khas tarif elektrik untuk PKS makanan dan minuman
  • Subsidi bersasar untuk pengusaha mikro
  • Insentif audit tenaga bagi bantu PKS kurangkan pembaziran elektrik

Suruhanjaya Tenaga pula dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan bahawa struktur tarif semasa telah mengambil kira kadar inflasi dan beban subsidi yang ditanggung kerajaan sejak 2022. Laporan terdahulu oleh Reuters juga menyatakan bahawa kadar premium elektrik hijau telah dikurangkan sebanyak 80% untuk pengguna industri yang memilih sumber tenaga boleh diperbaharui.

Terdapat juga pandangan yang menjangkakan bahawa sesetengah peniaga akan dengan sengaja menaikkan harga barang sekali pun tidak terkesan dengan kadar tarif yang baharu ini. Perkara ini mengundang kerisauan kerana apabila harga sesuatu barangan naik, adalah hampir mustahil untuk kita menyaksikan penurunannya semula sekali pun tarif elektri ini disemak dan diturunkan semula.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Sovereignty, Security, and Superpower Contention: Ukraine as a Site of Neo-Bloc Confrontation

The announcement in Paris on January 6, 2026, by the…

“Kalau Wujud Kartel, Tunjuklah Saya, Saya Musnahkan Mereka” – Panglima ATM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2025 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia…