Gaza Kini Seperti Medan “Squid Game” Nyata – UNRWA

30 Jun 2025
SUKARELAWAN Palestin mengawal trak bantuan yang memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Zikim yang dikawal Israel, di barat Beit Lahia.-AFP

GAZA CITY, 30 Jun 2025 — Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menyatakan bahawa keadaan di Gaza kini seperti “Squid Game” versi nyata — menggambarkan betapa dahsyatnya penderitaan rakyat Palestin akibat konflik yang tiada penghujung.

Lazzarini berkata lebih separuh daripada penduduk Gaza kini menghadapi kebuluran tahap tertinggi dan lebih 50 peratus daripada kemudahan kesihatan musnah sepenuhnya akibat pengeboman. Tambah beliau, Gaza kini berada dalam “zon kematian dan penderitaan kolektif”.

“Apa yang berlaku di Gaza kini melangkaui kemanusiaan — kanak-kanak, wanita, dan warga emas terperangkap dalam kitaran kejam penderitaan tanpa pilihan untuk selamat,” kata Lazzarini.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan dan menuntut gencatan senjata serta laluan kemanusiaan tanpa halangan. Menurutnya, serangan terbaru Israel telah memusnahkan gudang bantuan makanan UNRWA dan melumpuhkan sistem logistik.

Laporan ini turut disokong oleh Human Rights Watch dan Oxfam yang mengesahkan bahawa Gaza kini antara lokasi paling berbahaya di dunia dengan lebih 35,000 nyawa terkorban sejak Oktober 2023.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres, dalam satu kenyataan berasingan turut menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “penghinaan terhadap prinsip kemanusiaan sejagat” dan mendesak pihak-pihak terlibat menghormati undang-undang antarabangsa.

Menurut laporan Al Jazeera dan BBC, serangan udara masih berlaku hampir setiap hari, dan usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian kekal masih belum menunjukkan hasil ketara.

Lebih dahsyat, terdapat banyak laporan yang mengesahkan bahawa pusat agihan bantuan kemanusiaan tajaan AS dijadikan sebagai umpan menarik warga Gaza yang kelaparan sebelum ditembak secara terbuka.

Malah, baru-baru ini terbongkar bahawa tepung yang diedarkan dicemari dengan kandungan dadah. Kesemua ini membuktikan kewujudan satu bentuk kekejaman yang tidak pernah disaksikan dalam mana-mana krisis kemanusian dan tragedi pembunuhan beramai-ramai yang pernah dirakamkan dalam sejarah dunia.

Sumber: Utusan

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…
Yukio Mishima and the critique of postwar Japanese conservatism

Yukio Mishima and the Conservatism in Postwar Japan

Yukio Mishima is often miscast as a conservative icon. In…

The Ocean Cleanup Tambah Usaha Bersihkan Sungai Klang, Sampah Plastik Masih Mengancam Laut

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Pertubuhan alam sekitar antarabangsa,…