WASHINGTON, 8 Julai 2025 — Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan tarif baharu setinggi 25 hingga 40 peratus ke atas beberapa negara termasuk Malaysia, bermula 1 Ogos 2025.
Dalam kenyataan yang disiarkan melalui platform Truth Social, Trump mendedahkan bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan 25% tarif import terhadap Jepun dan Korea Selatan, sebagai sebahagian daripada kempen tarif global yang bakal melibatkan 12 negara perdagangan utama.
“Jika anda memilih untuk menaikkan tarif anda, apa pun jumlahnya, ia akan ditambah kepada 25% yang telah kami kenakan,” kata Trump dalam surat kepada pemimpin Jepun dan Korea Selatan.
– The Edge Malaysia
Negara-Negara Terlibat dan Kadar Tarif:
Selain Jepun dan Korea Selatan, berikut adalah negara-negara lain yang akan terkesan:
- Malaysia – 25%
- Kazakhstan – 25%
- Afrika Selatan – 30%
- Laos & Myanmar – 40%
Langkah ini dikatakan sebahagian daripada strategi Trump untuk mengimbangi defisit perdagangan Amerika dan “mengembalikan semula pekerjaan kepada rakyat Amerika.”
Kesan Terhadap Malaysia
Malaysia, yang bergantung besar kepada eksport berasaskan elektronik, minyak sawit dan produk pembuatan, dijangka menghadapi tekanan harga dan pengurangan margin keuntungan terutama dalam eksport ke Amerika Syarikat. Beberapa firma perkapalan dan syarikat pengeksport teknologi telah menyuarakan kebimbangan terhadap pengumuman ini.

Respons Serantau & BRICS
Dalam pertemuan ketua-ketua negara block BRICS di Rio De Jeneiro, Brazil, negara-negara BRICS seperti China, Rusia, Brazil dan India telah mengecam tindakan unilateral tarif ini kerana dianggap menjejaskan kestabilan dagangan global. Menteri Luar Malaysia dijangka akan membuat kenyataan balas dalam masa terdekat.
🔍 Analisis Naratif: Amerika Kembali ke Dasar Perlindungan?
Langkah ini mencerminkan kebangkitan semula dasar perdagangan perlindungan (protectionist policy) yang pernah diperkenalkan Trump dalam penggal pertamanya, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap perang perdagangan baharu.