Pelancongan Malaysia Catat Lonjakan 20.4%, Sasar 47 Juta Pelawat Menjelang 2026

Mengikut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (21 Julai 2025)
30 Julai 2025

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2025 – Malaysia terus mencatatkan pencapaian cemerlang dalam sektor pelancongan antarabangsa apabila ketibaan pelawat asing bagi tempoh Januari hingga Mei 2025 melonjak 20.4%, dengan jumlah keseluruhan 16.94 juta pelawat, berbanding 14.07 juta pelawat dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam jawapan bertulis  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dewan Rakyat bertarikh 21 Julai 2025 menunjukkan bahawa Singapura kekal sebagai penyumbang  pelancong terbesar dengan  8.34 juta ketibaan, meningkat 26.5% berbanding 2024. Negara jiran lain seperti Indonesia (1.82 juta ), Thailand (1.06 juta) dan China (1.81 juta) turut menjadi menyumbang ketara kepada peningkatan ini.

Menariknya, China mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi iaitu 38.8%, diikuti India yang merekodkan pertumbuhan 32.0%, sekali gus mencerminkan pemulihan kukuh dan keyakinan pelancong terhadap Malaysia sebagai destinasi pilihan pasca-pandemik. Dalam jawapan bertulis bagi Pertanyaan Lisan tersebut, MOTAC turut menyatakan:

“Peningkatan jumlah pelawat asing ini jelas mencerminkan keberkesanan pendekatan strategik kerajaan melalui pelaksanaan dasar pro-pelancongan yang inklusif, termasuk Pelan Liberalisasi Visa (PLV), pemberian insentif kepada pemain industri dan promosi berimpak tinggi secara digital serta kerjasama erat dengan syarikat penerbangan dan platform dalam talian,” .

Pasaran jarak jauh seperti Australia (198,968 pelawat, peningkatan 16.6%) dan United Kingdom (185,197 pelawat, peningkatan 8.7%) turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, sekali gus memberi isyarat bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi yang menarik kepada pengunjung  antarabangsa dari pelbagai benua.

🎯 Menuju Tahun Melawat Malaysia 2026

Infografik menunjukkan lima negara teratas dengan ketibaan pelawat asing ke Malaysia dari Januari hingga Mei 2025. Singapura mencatatkan 8.34 juta pelawat (+26.5%), diikuti Indonesia 1.82 juta (+10.3%), China 1.81 juta (+38.8%), Thailand 1.06 juta (+5.2%) dan India 664,811 (+32.0%). Reka bentuk menggunakan ikon bendera, angka ketibaan, dan peratusan peningkatan.
📊 Top 5 Negara Pelawat ke Malaysia (Jan–Mei 2025) Malaysia terus menjadi pilihan pelancong serantau dan global! 🇸🇬 Singapura kekal pendahulu dengan 8.34 juta pelawat, diikuti 🇮🇩 Indonesia dan 🇨🇳 China yang catat pertumbuhan tertinggi (+38.8%). 📈 Prestasi ini menunjukkan pemulihan kukuh dan hasil keberkesanan kempen pelancongan digital serta pelonggaran visa. 🌏 Siap sedia menuju Tahun Melawat Malaysia 2026! #PelanconganMalaysia #VM2026 #StatistikPelancong #InfografikNaratif

Ketibaan pelawat asing yang meningkat secara konsisten ini memberi petunjuk yang positif kepada Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Sempena Tahun Melayu Malaysia 2026, Kerajaan mensasarkan ketibaan sehingga 47 juta pelancong asing, meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan utama di dunia.

MOTAC turut menjelaskan yang VM2026 akan memberi tumpuan khusus kepada pasaran-pasaran strategik yang berpotensi tinggi termasuk Asia Tengah, Timur Tengah, ASEAN, Eropah dan Oceania, dengan pendekatan mampan dan inklusif sebagai teras kempen.

🏝️ Pelancongan Pasca-Pandemik: Cabaran dan Peluang

Sektor pelancongan merupakan antara industri paling terjejas akibat pandemik COVID-19, apabila pintu sempadan ditutup hampir dua tahun. Malaysia yang sebelum ini mencatatkan purata lebih 26 juta pelawat setahun terpaksa memulakan semula dari bawah.

Namun begitu, kerajaan melalui MOTAC mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan strategi pemulihan pelancongan yang merangkumi pelan digitalisasi promosi, penjenamaan semula destinasi, dan insentif kepada syarikat pelancongan, penerbangan serta hotel.

Hasilnya, tahun 2023 menyaksikan pemulihan awal, dan kini pada tahun 2025, prestasi industri kembali kukuh dengan pertumbuhan dua digit, memacu pemulihan ekonomi domestik secara keseluruhan.

Perkembangan ini jelas menunjukkan yang Malaysia Truly Asia bukan sahaja masih kekal sebagai slogan yang mencerminkan kenunikan negara ini. Tetapi keseluruhan tawaran yang ada di Malaysia mampu memukau pengunjung luar yang sentiasa mencari destinasi percutian yang selamat, berpatutan dan mempunyai pelbagai tarikan tersendiri.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Pereka Fesyen Jovian Mandagie Diisytihar Muflis Oleh Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 – Dunia fesyen tanah air…
Pegawai KKM menjalankan pemantauan kesihatan sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi ancaman virus Nipah

Virus Nipah: KKM Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan

Laporan mengenai penularan semula jangkitan virus Nipah di India mencetuskan…