KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 β Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menegaskan bahawa kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan satu bidang profesional yang patut dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia daripada semua kaum.
Dalam sidang media selepas Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM di Kem Perdana, Sungai Besi, beliau berkata:
βSaya juga menyeru supaya kaum-kaum lain menyertai ATM, cabaran bermula di sini, kamu akan dapat rasakan erti profesionalisme sebenar.β
Beliau menekankan bahawa ATM bukan sekadar institusi pertahanan, tetapi juga satu medan pembentukan nilai, disiplin, serta tanggungjawab kepada negara.
ATM menyediakan ruang kepada warganya untuk membentuk kepimpinan diri, semangat kerjasama dan ketahanan mental serta fizikal. Latihan berstruktur yang dilalui oleh pegawai dan anggota tentera memperkukuh disiplin dan jati diri.
Mohd Nizam turut berharap penyertaan lebih inklusif daripada pelbagai latar belakang masyarakat akan memupuk perpaduan dan mewujudkan kekuatan strategik ketenteraan yang berbilang kaum dan seimbang. Hal ini juga akan memperkukuhkan imej ATM sebagai institusi nasional yang inklusif dan sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia.
ATM juga dilihat menawarkan kerjaya jangka panjang dengan prospek pembangunan profesional dalam dan luar negara, termasuk peluang menyertai misi pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).