Malaysia Tak Nak Lagi Sekadar Jadi Pembeli Teknologi Pertahanan. Kini Sasaran Lebih Besar Sedang Dibina.

6 Julai 2026

Sejak kebelakangan ini, isu rantaian bekalan pertahanan menjadi perhatian ramai. Perkembangan ini secara tidak langsung membuka mata bahawa sesebuah negara tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada negara luar.

Dalam perkembangan terbaharu, MINDEF mengambil satu langkah strategik apabila memeterai kerjasama bersama Rocket Technologies International (RTI) di Australia.

Apa yang membezakan kerjasama ini ialah fokusnya bukan sekadar mendapatkan teknologi baharu, tetapi membina keupayaan Malaysia untuk menguasai teknologi roket dan misil pada masa hadapan.

Antara perkara yang paling signifikan ialah:

1.⁠ ⁠Bukan sekadar membeli, tetapi membina kepakaran.

Kerjasama ini memberi penekanan kepada pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pembangunan modal insan supaya kepakaran tersebut dapat dibangunkan di dalam negara.

2.⁠ ⁠Melahirkan lebih ramai pakar tempatan.

Penglibatan institusi pengajian tinggi membuka ruang kepada lebih ramai jurutera, penyelidik dan tenaga mahir tempatan untuk menyertai pembangunan teknologi pertahanan negara.

3.⁠ ⁠Membina industri, bukan sekadar aset.

Perancangan ini turut melibatkan pembinaan kemudahan pengeluaran di Malaysia yang dijangka memulakan pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun sebelum berkembang kepada teknologi misil. Pada masa sama, ia berpotensi membuka peluang kepada industri tempatan untuk menjadi sebahagian daripada rantaian pembekalan pertahanan global.

Mengapa semua ini penting?

Kerana dalam dunia yang semakin mencabar, kekuatan pertahanan bukan hanya diukur melalui jumlah aset yang dimiliki, tetapi juga sejauh mana sesebuah negara mampu membangunkan teknologi, kepakaran dan industri pertahanannya sendiri.

Inilah antara aspirasi utama Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), membina Keupayaan Pertahanan Berdaulat (Sovereign Defence Capability) supaya Malaysia bukan sekadar pengguna teknologi pertahanan, tetapi turut menjadi negara yang mampu membangunkan teknologi sendiri.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Perang: Umat Islam Sambut Raya Dalam Suasana Suram

Sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan dalam suasana yang jauh berbeza…

Non-Revenue Water (NRW) Air Beaufort Cecah 78.6%: Hampir 8 Daripada 10 Liter Air Hilang Dalam Sistem Paip

Kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Beaufort, Sabah dilaporkan…