72 Peratus Penagih Dadah 2025 Adalah Pengguna Sintetik, AADK Giat Tingkat Program Pemulihan

Menurut jawapan bertulis parlimen ke-15
Mesyuarat ketiga, penggal keempat
18 November 2025

Sebanyak 72.15 peratus daripada 134,916 penagih dan penyalah guna dadah yang direkodkan dari Januari hingga Jun tahun ini adalah pengguna dadah sintetik, menjadikan kategori tersebut sebagai ancaman terbesar kepada keselamatan sosial negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata peningkatan tersebut membabitkan 97,329 individu, dengan majoritinya terdiri daripada golongan muda.

Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan beberapa program pencegahan dan pendidikan termasuk Family on Alert (FOA), Program PINTAR, Tomorrow’s Leader, SHIELDS, TEKAD dan SMART yang menyasarkan institusi keluarga, sekolah, komuniti dan tempat kerja.

KDN turut memperkenalkan Pelan Komunikasi Antidadah, yang memberi fokus kepada kesedaran risiko dadah sintetik serta teknik pencegahan berasaskan komuniti.

Selain itu, pindaan kepada Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983, yang berkuat kuasa pada 22 Ogos lalu, memperluas akses rawatan serta menggalakkan penagih tampil secara sukarela tanpa stigma atau proses soal selidik yang rumit..

KDN berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain turut dipertingkat bagi memutuskan rantaian pengedaran bahan terlarang tersebut.

Kerajaan menegaskan bahawa tumpuan akan diberikan kepada pendekatan menyeluruh yang merangkumi penguatkuasaan, intervensi pemulihan dan pendidikan jangka panjang.

 

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Malaysia dan Turkiye Jalin Kerjasama Strategik dalam AI dan Kecerdasan Kuantum

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Malaysia melangkah ke fasa baharu…

Latif Romly Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi, Raih Emas Lompat Jauh T20

New Delhi, India – Jaguh para negara Malaysia, Datuk Abdul…