Terkejut Diserbu SPRM, Pengurus Projek Bakar Wang Tunai Hampir RM1 Juta

22 Julai 2025
Hasil pemeriksaan dijalankan di bilik mandi berkenaan, SPRM menemui wang kertas RM100 berjumlah RM 1 juta yang sudah terbakar. - Foto SPRM

Petaling Jaya – Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan terkemuka sanggup bertindak di luar kewarasan apabila membakar wang tunai hampir RM1 juta di kediamannya selepas terkejut diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

Menurut sumber dalaman yang dipetik oleh Astro Awani, pasukan penyiasat SPRM menjalankan serbuan mengejut di sebuah rumah mewah di Petaling Jaya dan menemui timbunan wang kertas RM100 yang sedang terbakar, dipercayai cuba dimusnahkan secara tergesa-gesa oleh suspek bagi menghapuskan bukti.

Difahamkan, jumlah wang yang dibakar itu dianggarkan bernilai hampir RM1 juta, dipercayai hasil daripada rasuah dan sogokan berkaitan perolehan tender projek pembinaan pusat data milik sebuah entiti kerajaan.

“Suspek terkejut apabila pegawai SPRM tiba secara tiba-tiba. Beliau segera bertindak membakar wang tunai yang disimpan dalam beberapa kotak sebelum sempat diperiksa,” ujar sumber yang enggan dinamakan.

Siasatan awal mendapati suspek berperanan besar dalam menentukan kelulusan dan pemberian tender bagi projek pembinaan pusat data bernilai jutaan ringgit. Beberapa dokumen berkaitan transaksi, serta rekod komunikasi turut dirampas daripada kediaman suspek untuk siasatan lanjut.

Menurut maklumat yang diperoleh, wang tunai tersebut tidak sempat musnah sepenuhnya dan masih boleh digunakan sebagai bahan bukti forensik oleh pasukan penyiasat.

SPRM Masih Menyiasat Rangkaian Terlibat

Setakat ini, SPRM belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun siasatan dipercayai menjurus kepada pembabitan beberapa individu lain dalam sektor pembinaan dan pengurusan tender kerajaan. Tumpuan juga diberikan kepada syarikat-syarikat pembinaan yang pernah mendapat kontrak berkaitan pusat data sejak 2022.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Insiden Tembakan Maut di Pantai Bondi Cetus Desakan Perketat Kawalan Senjata di Australia

Insiden tembakan maut di Pantai Bondi mencetuskan tekanan awam dan…

Trump Umum Gencatan Senjata Iran–Israel

WASHINGTON / TEHRAN / TEL AVIV, 24 Jun 2025 –…