Ho Hup Construction Kini Dikategorikan Sebagai Syarikat PN17

21 April 2025

KUALA LUMPUR, 21 April – Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini memaklumkan bahawa syarikat Ho Hup Construction Company Bhd kini diklasifikasikan di bawah kategori Nota Amalan 17 (PN17) selepas memenuhi salah satu syarat yang dinyatakan dalam Perenggan 2.1(f) di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Bursa Malaysia menjelaskan bahawa pengklasifikasian ini adalah berdasarkan makluman yang dibuat oleh Ho Hup pada 18 April lalu.

Pada tarikh tersebut, Ho Hup memaklumkan bahawa anak syarikat mereka gagal melunaskan pembayaran balik bagi kemudahan pinjaman yang tertunggak berjumlah RM112.69 juta.

“Bursa Securities akan terus memantau segala perkembangan berkaitan pematuhan Ho Hup Construction terhadap peraturan penyenaraian Pasaran Utama,” menurut kenyataan itu.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Harga Bahan Api Jet Melambung, Syarikat Penerbangan Mula Naikkan Tambang

Lonjakan harga bahan api jet global sehingga AS$173 setong mula…

Ringgit Lonjak 8.21%, Mata Wang Terbaik Asia 2025 — PM Anwar

Ringgit Malaysia merekodkan prestasi cemerlang apabila meningkat 8.21 peratus berbanding…