Antara Ketua dan Pemimpin

Oleh: Mizan binti Muhammad
29 Jun 2025

Dalam wacana kepimpinan, istilah “ketua” dan “pemimpin” sering dianggap sinonim. Namun, pada hakikatnya, kedua-dua peranan ini mewakili dua pendekatan yang berbeza dalam mengemudi sesebuah organisasi, apatah lagi dalam konteks institusi yang mendidik dan membentuk pemikiran masa depan โ€” universiti.

Seorang ketua biasanya memperoleh kuasa melalui pelantikan formal dan melaksanakan tugas berdasarkan autoriti struktural. Mereka memberi arahan, membuat keputusan dan menilai prestasi orang bawahan. Namun, tidak semua ketua adalah pemimpin.

Seorang pemimpin yang sebenar lahir daripada kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap kualiti peribadinya, dihormati, diikuti dan diyakini kerana kebijaksanaan, ketelusan, integriti serta kemampuan memimpin dengan nilai dan visi. Pemimpin tidak hanya mengarahkan, tetapi juga mempengaruhi, membimbing dan memberi inspirasi. Malah pemimpin yang baik akan membina ekosistem nilai yang menyuburkan potensi insan. Paling penting, semua itu boleh turut berlaku dengan jelas tanpa adanya elemen pelantikan atau perjawatan secara formal dan struktural.

Falsafah Kepimpinan dalam Islam

Dalam tradisi Islam, kepimpinan bukanlah satu keistimewaan tetapi satu amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Al-Qurโ€™an menyebut dalam Surah al-Nisaโ€™ ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukumnya dengan adil.” Rasulullah SAW menjadi contoh terbaik dalam kepimpinan โ€” Baginda memimpin bukan dengan tangan besi, tetapi dengan kasih sayang, hikmah, dan akhlak.

Karya klasik The Just Prince: A Manual of Leadership, yang menterjemahkan Sulwฤn al-Mutฤโ€˜ fฤซ โ€˜Udwan al-Atbฤโ€˜ oleh Ibn Zafar al-Siqillฤซ, memberikan panduan yang kekal relevan hingga ke hari ini. Teks iniย  menggariskan beberapa prinsip utama seorang pemimpin iaitu:

Pertama: Keadilan (โ€˜Adl): Keadilan ialah asas utama kepimpinan. Seorang pemimpin mesti berlaku adil terhadap rakyatnya, tidak mengutamakan golongan tertentu, dan mengelakkan kezaliman.

Kedua: Kebijaksanaan (Hikmah): Pemimpin perlu membuat keputusan yang berpandukan ilmu dan pengalaman, bukan emosi atau tekanan politik dalam menyelesaikan konflik dan membina konsensus. Hikmah membolehkan pemimpin melihat akibat jangka panjang sesuatu tindakan.

Ketiga: Kesabaran (Sabr): Menghadapi tekanan dan cabaran memerlukan ketahanan emosi. Pemimpin tidak boleh mudah marah atau tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

Keempat: Rendah diri (Tawaduk): Seorang pemimpin tidak boleh membiarkan ego menguasai dirinya. Pemimpin yang mendengar pandangan sekeliling tidak akan mudah tergelincir daripada landasan kebenaran. Ibn Zafar mengingatkan bahawa kesombongan pemimpin adalah permulaan kepada kejatuhan.

Kelima: Kemampuan mendengar nasihat: Pemimpin yang enggan mendengar pandangan orang lain akan mudah terperangkap dalam keputusan yang salah. Dalam teks tersebut, pemimpin yang bijak disamakan dengan permaisuri yang mengelilingi dirinya dengan cermin โ€“ bukan untuk membesarkan diri, tetapi untuk melihat dengan lebih jelas.

Keenam: Keberanian moral: Ini termasuk keupayaan untuk mengatakan yang benar walaupun tidak popular. Pemimpin mesti berani bertindak demi kebaikan walaupun bertentangan dengan arus.

Dan yang terakhir, Ibn Zafar menekankan bahawa pemimpin tidak seharusnya menjadi tawanan kepada kemarahan, nafsu, atau pujian. Kata-kata beliau:

“Seorang pemimpin yang bijak adalah seperti perahu di tengah lautan โ€“ tidak boleh dikawal oleh gelombang emosi, tetapi harus dikemudi oleh akal dan prinsip.”

 

Kepimpinan Berteraskan Epistemologi Tauhid

Dalam era transformasi pendidikan tinggi yang semakin mencabar โ€” dengan perubahan landskap teknologi, kehendak industri, dan harapan serta persepsi masyarakat โ€” kepimpinan universiti menuntut lebih daripada sekadar kecekapan pentadbiran. Posisi tersebut menuntut kepimpinan nilai.

Pemimpin di institusi pendidikan tinggi perlu berperanan sebagai agen perubahan yang merancang hala tuju jangka panjang, menjamin kualiti akademik, dan membentuk budaya ilmu yang sihat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab ke atas struktur pentadbiran, tetapi juga ke atas pembentukan minda dan akhlak generasi pelajar serta pensyarah. Ringkasnya, keseluruhan ekosistem yang mengangkat nilai dan maksud kesarjanaan mesti diberikan perhatian.

Ini bermakna, pemimpin institusi pendidikan masa kini harus mempamerkan kualiti dan nilai unggul yang merangkumi, antaranya keupayaan meneroka dan menerajui inovasi pendidikan; komitmen terhadap kebebasan akademik dan integriti ilmu; kebijaksanaan membina jaringan strategik; dan keupayaan membina budaya kerja berasaskan etika, kasih sayang dan kemanusiaan.

Seiring dengan usaha membina model kepimpinan pendidikan tinggi yang berakar pada nilai dan hikmah, pendekatan epistemologi tauhid yang digagaskan oleh Prof. Datoโ€™ Dr. Osman Bakar memberi kerangka penting dalam memahami kepimpinan Islam secara menyeluruh. Epistemologi tauhid menekankan bahawa semua bentuk ilmu berpunca daripada Allah Yang Maha Esa, dan manusia sebagai khalifah bertanggungjawab mengurus ilmu dan kuasa berdasarkan prinsip keesaan Tuhan. Dalam konteks ini, pemimpin tidak sekadar menjadi pentadbir institusi, tetapi juga penjaga amanah ilmu dan pembimbing rohani masyarakat. Mereka mesti mengintegrasikan antara ilmu wahyu dan ilmu sains, antara keperluan teknikal dan nilai kemanusiaan. Justeru, kepimpinan yang berpaksikan tauhid akan memandang tugas mentadbir sebagai satu bentuk ibadah, menolak fahaman sekular yang memisahkan ilmu dan nilai, serta menekankan keadilan, kesederhanaan dan keterbukaan dalam tadbir urus.

 

“A boss says โ€˜Goโ€™, a leader says โ€˜Letโ€™s goโ€™.”

Perbezaan ketua dan pemimpin bukan hanya pada gelaran, tetapi pada pendekatan, visi dan kesan yang ditinggalkan. Dalam dunia pendidikan tinggi yang sedang berkembang pesat dan menghadapi cabaran luar jangka, kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja bijak mentadbir, tetapi juga mampu menanamkan nilai dan memberi inspirasi kepada warga akademik.

Kepimpinan di universiti bukan sekadar soal pentadbiran dan struktur. Apatah lagi dijadikan sebagai matlamat akhir kepada koleksi pencapaian akademik dan sumbangan yang bersandarkan penilaian formal. Ia soal membina masa depan melalui proses melahirkan manusia yang berilmu, berakhlak dan berjiwa besar. Dan untuk itu, demi memastikan institusi pendidikan tinggi kita benar-benar menjadi pusat keunggulan masyarakat, kita perlukan lebih ramai pemimpin โ€” bukan hanya ketua.

[Nota: Penulis ialah pensyarah merangkap Setiausaha, Persatuan Kakitangan Akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.]

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR โ€“ Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Filem Animasi Merah Putih: One For All Dikritik Netizen, Visual Kaku & Dana Jadi Persoalan

JAKARTA, 18 Ogos 2025 โ€“ Filem animasi Indonesia bertajuk Merah…

Bekas Guru di Singapura Dipenjara Kerana Rakam Lelaki di Tandas Awam

Singapura, 10 September 2025 โ€“ Seorang bekas guru berusia 51…