Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Mekanisme Kerajaan Perketat Kawalan Aplikasi ‘Songsang’

Jawapan-jawapan bagi pertanyaan jawab lisan yang tidak dijawab di dalam dewan parlimen 12 Oktober 2026
17 Februari 2026
Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dengan tindakan sekatan kandungan oleh SKMM.
Akta 866 memberi kuasa undang-undang kepada SKMM untuk mengambil tindakan terhadap kandungan memudaratkan.

KUALA LUMPUR, 12 Februari 2026 – Kerajaan menegaskan komitmen untuk memelihara nilai moral masyarakat dengan memperketat kawalan terhadap penyebaran gaya hidup “songsang” melalui penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] yang telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2026. Mengikut jawapan bagi Pertanyaan Lisan No. 37 daripada Jabatan Perdana Menteri hari ini, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen memikul tanggungjawab undang-undang untuk memastikan platform mereka tidak digunakan untuk kandungan memudaratkan, termasuk kandungan sumbang yang bertentangan dengan norma masyarakat. SKMM diberi kuasa untuk mengambil tindakan seperti penurunan kandungan dan sekatan akses terhadap aplikasi yang didapati melanggar undang-undang tempatan, termasuk kandungan lucah dan ancaman terhadap keselamatan awam.

Langkah tegas ini turut melibatkan tindakan penguatkuasaan agama di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Berdasarkan jawapan bagi Pertanyaan Lisan No. 54 bertarikh 12 Februari 2026, seramai 87 individu Muslim telah ditahan dalam “Ops Songsang” di sebuah pusat kesihatan di Kuala Lumpur pada November lalu. Daripada jumlah tersebut, 85 individu telah diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) untuk menjalani Kursus Pemantapan Akhlak (KPA) pada 18 Disember 2025 sebagai usaha pemulihan akidah dan moral. Manakala, dua lagi individu kini sedang disiasat di bawah peruntukan Seksyen 25 (Liwat) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

UEC: Sebarang Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Kebangsaan — PM Anwar

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengiktirafan UEC tidak boleh meminggirkan bahasa…

SPRM Panggil 18 Lagi Individu untuk Siasatan Kes Op Sky

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)…