Saintis Temui Dua Gunung Rahsia 100 Kali Lebih Tinggi daripada Gunung Everest

26 Januari 2025
A view of the Nepalese side of Mount Everest from Khumbu, a region in northeastern Nepal. (Image credit: John Harper/Getty Images)

AMSTERDAM: Sekumpulan saintis berjaya menemui dua gunung tersembunyi yang dikatakan 100 kali lebih tinggi daripada Gunung Everest di Nepal, yang mempunyai ketinggian 8,800 meter, lapor MailOnline baru-baru ini.

Penemuan luar biasa ini dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Utrecht, Belanda. Menurut mereka, dua gunung setinggi 1,000 kilometer itu terletak di sempadan antara teras dan lapisan mantel Bumi, di bawah Benua Afrika dan Lautan Pasifik.

Gunung-gunung ini dipercayai berusia lebih daripada setengah bilion tahun dan mungkin telah terbentuk selepas pembentukan Bumi sekitar empat bilion tahun yang lalu.

Ketua penyelidikan, Dr. Arwen Deuss, berkata: “Masih menjadi persoalan sama ada gunung-gunung ini hanyalah fenomena sementara atau telah wujud selama berjuta-juta, atau bahkan berbilion-bilion tahun.”

Sebelum ini, para saintis telah mengetahui mengenai struktur besar yang tersembunyi di dalam lapisan mantel Bumi. Pengetahuan ini mungkin diperoleh melalui gelombang kejutan seismik akibat gempa bumi yang merebak ke bahagian dalam planet ini.

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal.- AGENSI

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Ketua Cabang PKR, 2 Veteran DAP Dilantik Senator Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Dewan Negara hari ini menyaksikan…

Sarawak Bakal Bekalkan Lebihan Tenaga ke Selatan Filipina Tahun Depan

KUCHING, 18 February – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim…