Prabowo Yakin Malaysia dan Indonesia Mampu Selesaikan Isu Tenaga Kerja dan Sempadan

27 Januari 2025
Sumber: Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan- Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyuarakan keyakinannya terhadap usaha Malaysia dalam menangani pelbagai isu berkaitan tenaga kerja dan sempadan antara kedua-dua negara secara teratur.

Beliau menyatakan bahawa isu tenaga kerja dan sempadan yang telah lama menjadi perbincangan antara Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan syarat pemimpin kedua-dua negara memiliki komitmen politik untuk bekerjasama.

“Sebarang masalah teknikal dapat diuruskan, namun yang lebih penting adalah kesediaan politik dan strategi untuk mencari solusi bersama,” kata Prabowo.

Beliau turut menekankan bahawa jika kedua negara mencapai kesepakatan, isu dua hala melibatkan sempadan dan tenaga kerja pasti dapat diselesaikan dengan baik. Kenyataan tersebut dibuat dalam sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas pertemuan mereka hari ini.

Sidang media itu diadakan di Menara Berkembar PETRONAS, di mana kedua-dua pemimpin turut mengadakan perbincangan tertutup dan mesyuarat dua hala.

Menurut Prabowo, persetujuan bersama yang dicapai antara beliau dan Anwar menunjukkan pentingnya kerjasama erat dalam menghadapi cabaran geopolitik global yang semakin kompleks.

“Pada pendapat saya, Malaysia dan Indonesia juga perlu mengukuhkan sinergi bersama rakan-rakan ASEAN untuk memastikan suara kita lebih didengar di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal- Bernama

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Malaysia Meterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Dengan Negara-Negara EFTA

PUTRAJAYA, 24 Jun 2025 – Malaysia mengorak langkah penting dalam…

New Zealand Longgarkan Visa Pelawat untuk Tarik Golongan Nomad Digital

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand telah melonggarkan syarat visa pelawat, membolehkan…