Perhilitan Selamatkan Burung Hereng di Jejambat Berhampiran i-City

25 Januari 2025
Burung spesies Hereng (Vulture) yang diselamatkan di atas jejambat berdekatan i-City, Seksyen 7, Shah Alam. - Foto ihsan PERHILITAN Selangor
Burung spesies Hereng (Vulture) yang diselamatkan di atas jejambat berdekatan i-City, Seksyen 7, Shah Alam. – Foto ihsan PERHILITAN Selangor

SHAH ALAM, 24 Jan (Bernama) โ€“ Seekor Burung Hereng berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor di jejambat berhampiran pusat beli-belah i-City di sini, semalam.

Menurut Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 11 pagi. Burung tersebut merupakan spesies yang tersenarai sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).

Burung Hereng ini, yang lazimnya ditemui di kawasan pergunungan tinggi seperti di Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia, dan China Barat, dipercayai telah tersasar daripada laluan migrasinya.

โ€œKes seperti ini pernah direkodkan sebelum ini melibatkan spesies yang sama di Malaysia. Ketika ditemui, burung tersebut berada dalam keadaan lemah dan kini dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk pemeriksaan kesihatan serta rawatan lanjut,โ€ jelas beliau dalam satu kenyataan.

Wan Mohd Adib turut menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak sendiri jika berdepan situasi melibatkan hidupan liar, dan sebaiknya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, gambar burung pemangsa tersebut telah tular di media sosial, memaparkan ia ditemukan di jejambat berhampiran pusat beli-belah di Shah Alam.

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal- BERNAMA

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR โ€“ Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Malaysia Sedia Terajui Peralihan Tenaga ASEAN โ€“ PM Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 โ€“ Perdana Menteri Datuk Seri…

MAS Tambah Penerbangan Setiap Hari ke Thiruvananthapuram

Thiruvananthapuram / Kuala Lumpur, 9 Jun 2025 โ€” Malaysia Airlines…