Lapan Pelajar Malaysia Al-Azhar Terbabit Kemalangan di Mesir

26 Januari 2025

KUALA LUMPUR: Seramai lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar, Mesir, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan rehlah ke Port Said. Kesemua mereka kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut Education Malaysia Egypt (EME), lima pelajar mengalami kecederaan ringan dan hanya memerlukan rawatan sebagai pesakit luar.

“Mereka ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi, dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon.

“Tiga lagi pelajar, iaitu Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemantauan lanjut oleh pihak hospital,” jelas kenyataan itu.

Menjelang awal pagi tadi, ketiga-tiga pelajar yang dirawat di wad telah dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah bagi mendapatkan rawatan lanjutan.

Insiden ini turut mendapat perhatian Universiti Al-Azhar, yang menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said untuk membantu pelajar terlibat serta memudah cara urusan dengan pihak hospital.

Selain itu, Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME, Ahmad Salehuddin Shafie, bersama Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman, segera hadir ke Hospital As Salam Port Said untuk meninjau keadaan pelajar tersebut.

Dalam kenyataan itu juga, EME menasihatkan para pelajar untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Semoga semua pelajar Malaysia di Mesir sentiasa berada dalam lindungan Allah,” tambah kenyataan tersebut.

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal.- BH Online

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Tiada kompromi ancaman konflik serantau, siap siaga pertahan negara

Ketika menyampaikan syarahan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di…

Boikot Global Dua Tahun Bawa Kejatuhan Besar Jenama Korporat Antarabangsa

Dua tahun selepas genosid Gaza bermula, dunia kini menyaksikan gelombang…