Jojo Tewas di ONE 170, Estupinan Kekalkan Rekod Sempurna

25 Januari 2025

Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, mengalami kekalahan kepada bintang Colombia, Johan Estupinan, dalam aksi ONE 170 yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Johan, yang lebih dikenali dengan nama Jojo, mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang tiga pusingan dalam kategori flyweight itu, namun terpaksa akur dengan keputusan pengadil.

Kekalahan ini merupakan yang kedua buat atlet berusia 18 tahun dari Sarawak itu, daripada lapan penampilannya di pentas ONE Championship. Sebagai persediaan menghadapi Estupinan, Johan telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan di Superbon Training Camp, Thailand, di bawah bimbingan legenda muay thai seperti Superbon Singha Mawyn, Petchatanong Petcfergus, dan Nong-O Hama.

Estupinan, yang membawa gelaran “Panda Kick”, mengekalkan rekod sempurnanya kepada 27-0 dengan kemenangan ini. Menariknya, pada Kejohanan Dunia IFMA Muay Thai 2021, Estupinan juga pernah menewaskan abang Johan, Elias.

Dalam perlawanan terakhirnya sebelum ini, Johan berjaya bangkit daripada kekalahan di tangan Nguyen Tran Duy Nhat dari Vietnam dengan menewaskan jaguh Mexico, Josue Cruz, menerusi kemenangan knockout (KO) pada ONE 168: Denver di Ball Arena, Denver, Amerika Syarikat, September lalu. Kemenangan itu bukan sahaja memperbaiki rekodnya kepada 6-1 dalam ONE Championship, malah Johan turut membawa pulang bonus prestasi bernilai AS$50,000 (kira-kira RM222,000).

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal- Sinar

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Fatwa Liberal dan Plural Tidak Terpakai Kepada SIS, Putus Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025 – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan…

Hospital Medan Malaysia Di Sagaing Jadi Tumpuan Penduduk

KUALA LUMPUR, 21 April – Hospital Medan Malaysia (HMM) yang…