Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kain Wun mara ke final Masters Indonesia hari ini.

25 Januari 2025

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, gagal melangkah ke final Masters Indonesia 2025 selepas tewas di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut, sebentar tadi.

Selepas tersingkir di peringkat yang sama pada Terbuka India, prestasi pilihan kedua itu tampak kurang menyerlah apabila langkah mereka disekat rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dengan keputusan 21-18, 21-15 di Istora Senayan, Jakarta.

Kekalahan ini menyaksikan juara dunia 2022 itu masih belum berjaya meraih gelaran pertama tahun ini, sementara Wei Chong-Kai Wun melakar pencapaian manis dengan mara ke final buat kali pertama tahun ini.

Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan pemenang di antara pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, yang merupakan pilihan pertama, atau gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren, dalam aksi final nanti.

Dalam perlawanan tadi, Wei Chong-Kai Wun bermula cemerlang dengan mendahului 11-7. Walaupun Aaron-Wooi Yik berjaya bangkit untuk mendahului 13-11, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila mereka kembali ketinggalan 13-15 sebelum terikat 15-15. Menjelang penghujung set pertama, Wei Chong-Kai Wun memanfaatkan peluang untuk mendahului 18-17 dan akhirnya menang 21-18 dalam masa 15 minit.

Set kedua menyaksikan saingan sengit dengan kedua-dua pasangan saling mengejar mata. Namun, Wei Chong-Kai Wun berjaya menjarakkan kedudukan kepada 9-6 dan mendahului 11-7 sebelum rehat set kedua. Mereka terus mengawal permainan dengan aksi konsisten dan memastikan kemenangan straight set 21-15 dalam masa hanya 31 minit.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Wei Chong-Kai Wun tahun ini adalah mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia sebelum tersingkir awal di pusingan pertama Terbuka India.

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Malaysia Pertimbang Polis di Sekolah dan Larangan Telefon Pintar Pelajar

Selepas beberapa kes rogol berkumpulan dan pembunuhan melibatkan pelajar, kerajaan…

Perang: Umat Islam Sambut Raya Dalam Suasana Suram

Sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan dalam suasana yang jauh berbeza…