PM Anwar: Kenaikan Tarif Elektrik 2H 2025 Tidak Akan Membebankan Perniagaan

4 Februari 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina ACCCIM di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 3 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pemain industri yang menghadiri acara Tahun Baru Cina ACCIM hari ini bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan memberi tekanan atau merugikan komuniti perniagaan.

Beliau turut menekankan bahawa isi rumah berpendapatan rendah akan terus dilindungi daripada kesan semakan tarif yang dijadualkan untuk separuh kedua tahun 2025.

Ketika ini, lebih 85 peratus isi rumah menerima subsidi elektrik daripada Kerajaan.

Untuk makluman, tarif asas elektrik di Malaysia ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah kerangka Kawalselia Berasaskan Insentif (IBR) dan disemak setiap tiga tahun.

Selain itu, terdapat mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang disemak setiap enam bulan untuk menyesuaikan kadar elektrik berdasarkan perubahan sebenar dalam kos bahan api.

Pada Januari 2025, TNB mengumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif asas sebanyak 14.2% bagi tempoh 2025 hingga 2027.

Namun begitu, Kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada bagi industri dan isi rumah untuk separuh pertama 2025, memastikan tiada perubahan dalam kadar yang dikenakan. Semakan tarif seterusnya dijadualkan pada Julai 2025.

Artikel ini telah disunting daripada sumber asal.- MalaysiaGazette

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…
Nadiem Makarim bekas Menteri Pendidikan Indonesia semasa perbicaraan kes rasuah Chromebook

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Nadiem Makarim Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes Chromebook

Mahkamah Rasuah Jakarta menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap…

Sekurang-kurangnya 30 Maut, Ramai Lagi Cedera dalam Rempuhan di Festival Agama Hindu di India

Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera awal pagi…