PKS Malaysia Perlu Manfaatkan AI untuk Tembusi Pasaran Antarabangsa

26 Februari 2025
Sumber: Bernama

HANOI, 26 Feb — Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia disarankan untuk mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian mereka bagi memudahkan akses ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan, menekankan bahawa PKS tempatan harus memanfaatkan hubungan baik antara Malaysia dan Vietnam untuk memperluaskan pasaran mereka di negara Asia Tenggara itu.

“PKS perlu mengambil peluang daripada kepesatan industri AI untuk meningkatkan keberkesanan operasi dan meluaskan pasaran. Berikutan hubungan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Vietnam, maka Vietnam adalah pasaran yang berpotensi untuk ditembusi,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Ramanan merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang menyertai lawatan kerja dua hari Anwar ke Vietnam bermula semalam bagi menghadiri Forum Masa Depan ASEAN kedua yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Vietnam.

Selain menyampaikan ucaptama sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini pada forum tersebut pagi tadi, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin Vietnam dan Timor-Leste untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan dua hala.

Anwar kemudiannya berlepas pulang ke Malaysia selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Sosialis Vietnam, Luong Cuong, tengah hari tadi.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

MINDEF tangani isu kebocoran maklumat ATM – Malaysia yakinkan ASEAN

Kementerian (MINDEF) memberi jaminan bahawa kes pendedahan maklumat taktikal oleh…

Telefon Bimbit, Permainan Dalam Talian dan Kanak-kanak: Negara Terlambat Bertindak?

Isu ketagihan gajet dan permainan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak…