Lelaki OKU Penglihatan Maut Digilis Tren LRT di Titiwangsa

22 Februari 2025

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh ke landasan di stesen LRT Titiwangsa sebelum digilis tren, pada pagi Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

JBPM menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Titiwangsa ke lokasi insiden. Mangsa kemudian ditemui di bawah landasan rel LRT.

Susulan kejadian ini, perkhidmatan tren di beberapa stesen terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Sebagai langkah keselamatan, perkhidmatan bas perantara percuma turut diaktifkan bagi memudahkan perjalanan penumpang yang terjejas.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman Umum Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk…

Sultan Pahang Seru Pengharaman Vape Secara Menyeluruh di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah…