Ganjaran RM44 Juta untuk Menangkap Bekas Atlet Olimpik

11 Mac 2025

LOS ANGELES – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kini menawarkan ganjaran sebanyak AS$10 juta (RM44.2 juta) kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan bekas atlet Olimpik papan salji dari Kanada, Ryan Wedding. Beliau kini dikehendaki atas tuduhan mengendalikan rangkaian pengedaran dadah antarabangsa serta merancang beberapa pembunuhan yang berkaitan dengan sindiket dadah tersebut.

Menurut laporan CNN baru-baru ini, Ryan Wedding, 43 tahun, telah dimasukkan dalam senarai 10 individu paling dikehendaki oleh Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada hari Khamis, bersama dengan pengumuman tawaran ganjaran oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

“Wedding yang dahulunya terkenal dengan kemahiran luar biasanya dalam memecah salji di Olimpik, kini terlibat dalam pengedaran kokain di bandar-bandar di AS dan tanah kelahirannya, Kanada,” kata Akil Davis, Penolong Pengarah FBI Los Angeles.

FBI turut menyatakan bahawa Wedding menggunakan beberapa nama samaran termasuk ‘El Jefe’, ‘Public Enemy’, dan ‘James Conrad King’.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

Sekolah IBS: 127 Projek Siap, RM100 Juta Baharu Tangani Krisis Kepadatan

Kerajaan menyiapkan 127 projek bangunan tambahan sekolah menggunakan sistem IBS…

Dewan Rakyat Lulus RUU KWSP (Pindaan) 2025 untuk Lindungi Hak Pekerja Bukan Warganegara

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Dewan Rakyat telah meluluskan Rang…