Tragedi Kebakaran di Umbai: Lima Sekeluarga Maut, Seorang Lelaki Selamat

13 Februari 2025
Sumber: JPBM Melaka

Sumber: JPBM Melaka

JASIN, 13 Feb — Satu kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai awal pagi tadi telah meragut nyawa lima sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 pagi, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau serta Padang Temu segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber: JPBM Melaka

“Apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebuah rumah separa kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi telah terbakar sebanyak 80 peratus.”

“Hasil siasatan awal menemui lima mayat, terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak. Seorang lagi lelaki dewasa terselamat dalam kebakaran itu,”

Menurut kenyataan tersebut, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Don't Miss

PLKN 3.0 Kembali: Latihan Asas Ketenteraan & Kenegaraan Jadi Fokus

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal…

SST 2.0: Cukai Jualan & Perkhidmatan Diperluas Mulai 1 Julai 2025

Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 — Kerajaan Malaysia hari ini…

Penyanyi Sambilan Ditemui Mati, Kekasih Disyaki Terlibat

MELAKA – Seorang penyanyi sambilan yang juga ibu kepada tiga…